"Muslimat perlu menongkah arus mengharungi badai perjuangan..."
"Untuk terus kukuh berada dalam perjuangan yang suci ini kita memerlukan tarbiyyah yang sempurna mengikut susunan tarbiyyah yang betul..."
"Halangan dalam perjuangan merupakan cebisan2 ujian dari Allah bagi menguji siapakah dikalangan hamba2-Nya yang tetap bersabar..."
Kukuhkanlah diri dengan ilmu dan libatkanlah diri dalam gerakan jemaah agar tidak tergolong dalam golongan yang tercicir..."
Inilah antara point2 penting tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Pn.Nida, ketua lujnah tarbiyyah pahang semasa Mesyuarat AJK Nisa' Pahang yang diadakan di Komplek Islam As Syafie (KIAS), Jerantut Pahang pada 21 jun 2009 yang lepas (semalam).
Sungguh bertuah!!! Cukup Teruja!!!
Sukar untuk diluahkan dengan perkataan betapa beruntungnya ana kerana inilah pertama kali ana terlibat dengan mesyuarat nisa' pahang sekaligus bersama2 sahabat2 ana dan akak2 nisa' pahang untuk terus memberikan komitmen yang jitu demi menyebarkan dakwah2 islam...
Sama2lah kita berdoa moga terus diberi kekuatan jua keteguhan diri agar tetap didalam gerakan islam PAS dan semoga diberikan kesihatan yang baik untuk terus menyumbang serta menginfakkan diri dengan harta, jiwa dan masa...
"Dan sesungguhnya kami benar2 akan menguji kamu agar kami mengetahui orang2 yang berjihad dan bersabar diantara kamu, dan agar kami menyatakan (baik buruknya) keadaan kamu.." -surah muhammad:31
~SalaM PeRjuanGaN~
ReplyDelete"Man qala LAILAHA ILLALLAH fahuwa Da'ie"
~Dalam diari seorang pejuang tiada masalah yg merumitkan, ujian yg melemahkan dugaan yg menyusahkan bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat! Mereka tepu dengan dugaan, Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi lambang kekerdilan kudrat hamba. Berdepan dgn ‘belaian’ Pencipta sebagai ingatan dari-NYA