Friday, July 24, 2009

~~cinta~~


(sekadar memetik attachement dr seorg teman...semoga terdetik sesaat di hati untuk difikirkan bersama..Wallahu 'Allam)


I LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU...

Inilah sebahagian daripada ungkapan asmara yang sering dituturkan mereka yang sedang 'mabuk cinta'. CINTA, satu ungkapan dan ukiran kara-kata yang sememangnya manis, ia memang mudah diucap, tetapi adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dalam permasalahan untuk membabitkan diri dlm perkara ini.
Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yang bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yang lahir daripada hati nurani yang luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dengan wang ringgit.

Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'.

Berbalik kepada 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yang sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' bererti patuh kepada ALLAH dan membenci perbuatan yang menyalahi perintahNya. Tentang cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dalam Al-Quran:-

"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya..." Al-Maidah, ayat 54

" Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu..." Al-Imran, ayat 31

Ternyata, walau macammana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yang sebenarnya, insyaAllah kita dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain'.

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali wanita agung yang hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul pada-Nya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata untuk beribadat kepada ALLAH SWT.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pada pandangan anda??? Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta??? Atau... adakah dengan ucapan romantis serta berpegangan tangan akan terasa nikmatnya cinta mahupun sebagai bukti kasih sayang yang kononnya cinta suci???

Sama-samalah kita fikir dan renung sejenak...tiada yang mustahil dalam hidup ini andai hati dan qalbu dipandu mengikut acuan-Nya. Sekadar muhasabah.

No comments:

Post a Comment