skip to main |
skip to sidebar
Hidup ini perjuangan sahabat
Bukan perjuangan untuk mencari nama dan kedudukan
Bukan perjuangan untuk mengumpulkan kemewahan
Bukan perjuangan untuk memperolehi kemahsyuran
Dan juga bukan perjuangan untuk mengejar keduniaan
Hidup ini perjuangan sahabat
Hidup ini perjuangan mengejar alam abadi
Hidup ini perjuangan mengumpul bakti
Hidup ini perjuangan mencari ilmuyang diberkati
Dan yang pasti hidup ini perjuangan mencari mencari keredhaan ilahi
Hidup ini perjuangan sahabat
Perjuangan yang memperjuangkan satu perjuangan
Hidup ini perjuangan sahabat
Perjuanganku sendiri tidak pasti penghujungnya
Perjuanganku secalit Cuma
Namun nilai perjuanganku hanya Allah yang tahu
Hidup ini perjuangan sahabat
Berjuanglah dengan pejuangmu
Berjuanglah menuju jalan kebenaran
Berjuanglah degan sebenar-benar berjuang
Agar perjuanganmu menemui jalan keredhaan Ilahi akhirnya
INSYAALLAH…….
Ilahi...Alangkah beratnya amanah iniAlangkah besarnya tugas iniKami berkewajipan menghapuskan Sampah Sarap Jahiliyah yang bertimbun iniKami berkewajipan pula menegakkan asas yang kuat dan teguh diatasnya Untuk membina bangunan yang besarIaitu bangunan Daulah IslamiahWalaupun kami merasa betapa berat amanah iniTetapi kami juga merasaBetapa mulia dan agungnya tugas iniWahai Tuhanku!Kami berjalan di atas jalan dakwahDan kami terdedah kepada pelbagai cabaranAda di antara kami yang singkat cita-citanyaLalu dia berundur dan terdudukYa Rabb!Sesungguhnya bebanan dakwahDi atas gelanggang ini amat banyakDan amalan itu amatlah beratMemerlukan angkatan lelaki mukminAs-Sidiqqin lagi berpendirian tetapMaka ramaikanlah lelaki demikian dikalangan kami
Ya Rabb..Demikian juga muslimatSrikandi Tanahair MusliminYang Telah bangkit Hari iniDan tampil ke hadapan Untuk mencabar segenap gelombang keruntuhan dan kerosakkan
Ya Allah..........Istiqamahkanlah kami, Teguhkan Aqidah Kami, Bantulah KamiDalam meneruskan mata rantai perjuangan Islam ini.....Dan, moga kami mendapat barakah dan maghfirahDan apa yang kami cari......hanyalah Keredhaan dariMu.............................Ya Rabb...............Ya Ilahi.............