Saturday, February 6, 2010

KEMBARA RINDU...

Assalamualaikum wbt....


Sudah terlau lama menyepi...terasa rindu untuk kembali menjenguk blog yg sudah usang ditelan masa dan waktu...


Dalam hidup ini terlalu banyak yang telah aku pelajari...susah dan senang..sedih dan gembira..pahit manis silih berganti...namun inilah asam garam dan hakikat kehidupan yang perlu kita tempuhi dan setiap manusia pasti merasainya...


Kita boleh menipu orang lain...namun tidak pada diri sendiri dan Allah Taala...kerana hanya Allah dan kita sahaja yang tahu apa niat kita yang sebenarnya apabila kita lakukan sesuatu..baik atau buruk itulah pilihan kita...sudah pasti setiap manusia menginginkan kehidupan yang sentiasa bahagia..namun kadang-kala kita lupa bahawa sesuatu yang berharga amat sukar untuk dimiliki...kerana ianya memerlukan pengorbanan yang kental, kesabaran yang tinggi serta tidak pernah berhenti untuk berputus asa..


Setiap insan pasti melakukan kesilapan samada secara sedar mahupun tidak..mahu atau tidak itulah fitrah yang perlu kita terima..dalam pada itu, kita juga memerlukan teguran dan menerima teguran..disitulah pentingnya toleransi dan bersangka baik (husnul-dzon) diantara kita demi membetulkan kesilapan-kesilapan kita..Maafkan aku sahabat andai aku pernah menghiris hatimu..andai aku pernah melukakan persaanmu..terima kasih sahabat kerana sudi menegurku selama ini..jasa kalian terlalu besar..hanya Allah yang mampu membalasnya..


Ya Allahu Ya Rabbi..Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..begitu hebat hidayahMu..mampu mengubah yang buruk kepada baik, jahil kepada berilmu, lemah kepada kuat, hina kepada mulia...itulah pemberian dan hadiah Allah yang paling berharga buat hamba-Nya..kata orang,"yang kedua tidak sehebat yang pertama"...begitu jua dengan hidayah Allah..moga hidayah yang kita perolehi tidak kita lengah-lengahkan dan tidak kita sia-siakan begitu..terlalu mahal harhanya..kerana itulah penentu pengakhiran hidup kita..husnul khatimah atau su'ul khatimah...semoga kita sentiasa bersyukur dan berterima kasih pada-Nya pada setiap saat, setiap waktu, insyaAllah.

Sebagai muhasabah bersama untuk kita merenung kembali disepanjang usia kita, berapa kerap amalan yang telah kita lakukan? Adakah kita istiqamah dengan amalan tersebut? Berapa kerap penyesalan dan taubat kita terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini? Adalah ibadah yang kita kerjakan selama ini diterima oleh Allah? Adakah cukup hanya sekadar tawakal? Dimana usaha kita? Dimana doa pengharapan kita? Renung-renungkan..fikir-fikirkan..tepuk dada tanyalah iman..Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengampun dan Maha Menerima taubat..Sesunnguhnya pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita.."Barangsiapa yang mengerjakan dosa di siang hari maka bertaubatlah di malam harinya dan barangsiapa yang mengerjakan dosa di malam hari maka bertaubatlah di siang harinya...".-Hadith Rasulullah s.a.w..

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment